Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Kisah Inspirasi Pengasas Sendayu Tinggi Rozita Ibrahim

Hari ini kami akan kongsikan tentang kisah inspirasi pengasas sendayu tinggi, Rozita Ibrahim yang pastinya akan membangkitkan semangat untuk kita berjaya dalam bidang yang diceburi.

InspirasiKemas kini terakhir: 22 Julai 2020oleh Nurul Kasmadillawati ZakariaDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Puan Rozita Ibrahim, pengasas produk Sendayu Tinggi.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Rozita Ibrahim
Nama Lain
Puan Rozita
Peranan
Pengasas Sendayu Tinggi
Dikenali Kerana
Mengasas jenama produk kesihatan dan kecantikan Sendayu Tinggi
Tempat lahir
Sungai Besar, Selangor
Dibesarkan di
Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan
Asal usul keluarga
Anak sulung dari 6 orang adik-beradik, keluarga sederhana
Pekerjaan bapa
Guru agama
Pekerjaan ibu
Surirumah
Tahun mula perniagaan herba
1997
Tahun penubuhan Sendayu Tinggi
1999
Asal nama Sendayu Tinggi
Berasal dari perkataan 'Saneh Dayo' yang membawa maksud seni dayung tinggi

Pencapaian

  • Menubuhkan Sendayu Tinggi pada tahun 1999 dengan keuntungan RM10,000 hingga RM30,000 sebulan
  • Syarikat mempunyai 9 buah anak syarikat
  • Mempunyai lebih 2000 orang pengadar di Malaysia, Brunei, Singapura, Jepun, China, Taiwan dan Korea
  • Memiliki kilang pemprosesan herba sendiri berlesen GMP dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia
  • Usahasama peringkat antarabangsa dengan MATRADE

Sendayu Tinggi bukanlah jenama yang asing di Malaysia. Sebut saja Sendayu Tinggi pastinya anda terbayangkan pengasasnya, Puan Rozita yang cantik, lemah-lembut, mesra dan sangat merendah diri. Hari ini kami akan kongsikan tentang kisah inspirasi pengasas sendayu tinggi, Rozita Ibrahim yang pastinya akan membangkitkan semangat untuk kita berjaya dalam bidang yang diceburi.

Potret Puan Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi

Sumber: Nona

Latar-belakang sebelum berjaya

Puan Rozita adalah anak sulung dari 6 orang adik-beradik dilahirkan di Sungai Besar , Selangor dan kemudiannya dibesarkan di Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan. Beliau berasal dari keluarga yang sederhana. Bapanya adalah guru agama sementara ibunya adalah surirumah. Beliau dikahwinkan pada usia muda dengan lelaki pilihan keluarganya. Hidup mereka sangat susah. Beliau dan suami menoreh getah sambil membuka kedai runcit. Dalam masa yang sama juga mereka menambah wang keluarga dengan menyediakan makanan kepada pendatang asing yang bekerja di Felda berkenaan.

Hidup mereka sangat susah sehingga terpaksa memberikan air sirap kepada bayi yang berumur 3 bulan kerana tidak mampu untuk membeli susu formula. Malah anak keduanya lumpuh dan terpaksa dirawat dengan herba hutan memandangkan mereka tidak mempunyai duit untuk mendapatkan rawatan di hospital. Kemiskinan menyebabkan beliau berikrar untuk mengubah nasib keluarga.

Akhirnya berbekalkan modal sebanyak RM 2000.00. beliau berjihrah ke Kuala Lumpur seorang diri. Beliau melakukan pelbagai pekerja seperti:

  • Operator pengeluaran
  • Penyambut tetamu
  • Pekerja hotel

Sambil bekerja, beliau menjual ubat tradisional secara kecil-kecilan dari rumah. Pada tahun 1997, dengan modal sebanyak RM400,00 yang diperolehi hasil gadaian barang kemas yang dimilikinya, Puan Rozita memulakan perniagaan herba tradisional. Apa yang menarik, beliau menjalankan eksperimen ke atas diri sendiri sebanyak tiga kali iaitu dengan cara menggemukkan diri sendiri dan kemudian menguruskan badan dengan produk yang dijual. Syarikat Sendayu Tinggi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan keuntungan sebanyak RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan. Pada tahun 2000, Sendayu Tinggi mula dikenali ramai kerana keberkesanannya.

Rahsia di sebalik nama Sendayu Tinggi

Nama Sendayu Tinggi kedengaran agak unik kerana perkataan yang digunakan bukanlah bahasa melayu yang sering kita gunakan setiap hari.  Menurut Puan Rozita Ibrahim. perkataan Sendayu Tinggi adalah berasal dari perkataan Saneh Dayo iaitu nama sejenis pokok mengikut loghat suku kaum ulu Pahang yang membawa maksud seni dayung tinggi. Maksud nama tersebut sesuai dengan visi perniagaan beliau pada masa tersebut, maka ianya digunakan sebagai nama produk dan syarikat.

Potret Puan Rozita Ibrahim ketika berkongsi kisah di sebalik nama Sendayu Tinggi

Sumber: Nona

Kejayaan Sendayu Tinggi

Pada hari ini Puan Rozita Ibrahim dan Sendayu Tinggi sangat dekat dihati rakyat Malaysia. Malah syarikat Sendayu Tinggi kini mempunyai  9 buah anak syarikat iaitu:

  • Sendayu Tinggi Holding Sdn Bhd
  • Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd
  • Sendayu Tinggi Body & Skincare Sdn Bhd
  • Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn Bhd
  • ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd
  • Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd
  • ST Advertising Agency Sdb Bhd
  • Ethnique Food Industries Sdn Bhd
  • C Max Exhibition & promotion. Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd

Sendayu Tinggi juga mempunyai pelbagai hartanah seperti:

  • Bangunan tiga tingkat di Bandar Bukit Tinggi Klang
  • Ibu Pejabat Sendayu Tinggi cawangan kuala Lumpur
  • Bangunan 4 tingkat di Bandar Baru Klang yang dijadikan sebagai stor produk Sendayu Tinggi
  • Bangunan satu tingkat di Bandar Baru Klang  yang dijadikan sebagai stor produk Sendayu Tinggi.
  • Sendayu Tinggi juga kini mempunyai kilang pemprosesan herbanya sendiri yang memiliki lesen Amalan Perkilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia

Bilangan pengedar Sendayu Tinggi ialah melebihi 2000 orang dan meliputi negara Malaysia, Brunei, Singapura, Jepun, China, Taiwan dan Korea. Produk Sendayu Tinggi telah pergi ke peringkat antarabangsa dengan usahasama MATRADE.

Pegangan Puan Rozita Ibrahim

Beliau sangat dikenali dengan pegangan bahawa kecantikan luaran sahaja tidak memadai. Kecantikan seorang manusia terutamanya wanita datang dari dalaman iaitu hati. Hati yang cantik akan terpancar pada wajah. Menurut beliau, kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin kepuasan mutlak tetapi sebaliknya kecantikan dalaman akan melahirkan kecantikan luaran yang lebih sempurna.

Pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat” sangat meninggalkan kesan yang dalam pada jiwa Puan Rozita Ibrahim. Inilah kata-kata yang memberikan beliau semangat untuk keluar dari kancah kemiskinan. Kalau dulu beliau menangis kerana kemiskinan, hari ini beliau dapat menghadiahkan diri sendiri dengan kebahagiaan hasil usaha dan titik peluhnya sendiri.

Kasih sayang anak-anak juga adalah kunci kebahagiaan beliau. Bergelar seorang ibu tunggal pada usia 40 tahun, kasih sayang anak sahajalah yang mampu memberikan kebahagiaan dan sinar baru dalam hidupnya yang suram pada masa tersebut. Malah hingga ke hari ini kasih sayang anak-anak terus menjadi sumber kebahagiaan dan kekuatan buat beliau.

Puan Rozita Ibrahim juga disenangi ramai kerana tidak lokek untuk berkongsi ilmu tentang petua kecantikan , pantang-larang, rahsia kebahagiaan rumahtangga serta cara membina keyakinan diri bagi wanita. Sikap merendah diri yang ada pada diri beliau membuatkan dirinya disenangi oleh orang ramai.

Potret Puan Rozita Ibrahim menyampaikan pandangan beliau

Sumber: Ohmymedia

Itulah dia info  tentang kisah inspirasi pengasas sendayu tinggi Rozita Ibrahim yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kisah inspirasi usahawan Farm Fresh, biodata Nealofa dan biodata Siti Nurhaliza.

Rujukan:

1. Evanetrowk

2. Rozitaibrahimsendayutinggi

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.